Ahad, 4 Disember 2011

SUKA-SUKA

Kali ini, aku menukang blog dengan rasa seronok. Bahagia. Macam tiada apa yang membelenggu. Kenapa ye? Tidak tahu. Sudah rasanya begitu. Begini lah yg aku nukilkan.

Selasa, 29 November 2011

SEGALA APANYA TUHAN

Segala apanya Tuhan. Tiada lain hanya lah Tuhan. Setiap langkah, Tuhan. Setiap denyut, Tuhan. Setiap nafas, Tuhan. Bangun jatuh, Tuhan. Sakit sihat, Tuhan. Segala apanya Tuhan.

Segala apa isinya Tuhan. LAILAHA ILLALLAH. Tiada yang lain melainkan Allah.

Baik buruk, Tuhan. Hina mulia, Tuhan. Kotor bersih, Tuhan.Dosa pahala, Tuhan. Segala apanya Tuhan.

Segala apa isinya Tuhan. LAILAHA ILLALLAH. Tiada yang lain melainkan Allah.

Sabtu, 26 November 2011

SI KECIL DAN ROKOK

Semalam aku pusing-pusing menaiki motor. Elok cuaca semalam. Tapi, angin sungguh kuat. Laut berombak besar. Sudah pusing-pusing aku singgah sebentar kat pantai belakang uni aku. Banyak sangat perubahan yang berlaku. Aku fikir manusia sahaja yang lakukan perubahan. Tapi, alam juga sedemikian. Pantai semakin terhakis. Pokok tumbang. Pondok roboh. Bumbung tercabut. Makcik niaga cabut lari. (Jangan marah ye. Gurau-gurauan)

Merayap lagi selepas otak aku kembali segar ditiup angin bayu. Aku bawa perlahan je. Kan aku ngah pusing-pusing, dah tentu perlahan. Kalau bawa laju-laju, itu belumba namanya.

Sebelum pulang teratak lena, singgah sebentar di 7e. Beli minuman sahaja. Milo tin. Sebelum bergerak pakai helmet dulu. Tetiba ada pakcik sebelah ni bersama 3 orang anak dia baru sampai. Aku kira pakcik lah. Sebab anak dah 3 kan.

Dua orang anak dia turun untuk masuk 7e atas arahan orang tua kepada si kecil sambil menghulur RM 10. Langsung dialog ini....

BAPAK : belikan ayah rokok dunhill sekotak (sambil hulur RM 10 pada si kecil)
Si kecil (akak) : okeyh (terus masuk ke dalam 7e)
Si kecil (adeq) : ayah, nak air?
Bapak : takda air2. Ayah tak bawa duit lebih. Cukup-cukup je nak beli rokok

Aku yang kat sebelah pakcik tu sambil memakai helmet senyum je. Dalam hati. Pakcik, pakcik. Anak nak air ko kata duit tak cukup. Beli rokok cukup pula duitnya. Pentingkan rokok dari anak.

Realiti tentang kehidupan.

Khamis, 24 November 2011

KULIT BUKU



Ini apa yang pernah aku impikan. Angankan. Mungkin kena menjalani satu proses yang amat panjang dalam kehidupan. Kalau aku kuat, walau dah berdarah aku akan teruskan. Andai aku lemah, belum disentuh pun mungkin aku akan menggelupor kesakitan.

LANGIT DUKA

Di langit duka kala ini hujan membasahi tubuh bumi. Ada kalanya siang. Ada kalanya malam. Ada kalanya tak menentu. Saat hiba nya tiba, kala itu lah dia duka hiba. Syahdu.

Seluruh nya merasa dan tahu langit berduka. Andai hari tu air mata tak turun, syahdu pilu dalam lubuk hati. Peram dan simpan. Sampai masa, dah tak tertanggung syahdu pilu itu, air mata mengalir lagi.

Isnin, 14 November 2011

SELAMAT BUAT JALAN

Segalanya selamat. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kuku kaki. Dari sana aku begini. Sampai di sini juga aku begini.

Syukur pada Tuhan. Alhamdulillah.

Rabu, 9 November 2011

MAKIN BERTAMBAH

sekarang 19 tahun
tahun depan 20 tahun
tahun berikutnya 21 tahun
seterusnya 22 tahun
23 tahun
24 tahun
25 tahun - kemungkinan
26 tahun
27 tahun - mungkinkah
28 tahun
29 tahun - mesti

Ahad, 30 Oktober 2011

ATAS DASAR MANUSIA

Sedar dari lena. Bangkit. Ayam jantan masih belum berkokok. Aku yang paling awal bangun. Pergi ke toilet. Usai aku dari itu aku solat. Satu kewajipan. Atas dasar manusia, masing-masing akan lakukan perkara yang sama. Tak akan lepas dari tanggungjawab sebagai manusia.

Ye, itu yang kami lakukan. Itu jawapan mereka bila cuba aku tanya. Sudah itu jawapannya. Mereka juga atas dasar manusia. Sesetengah sahaja yang tak lakukan itu. Mereka punya alasan tersendiri. Aku sendiri juga terkadang bangun sesudah ayam jantan itu bangun. Ini juga atas dasar manusia.

Tapi, harus ingat juga. Sebab kita ni hidup atas dasar manusia lah nanti kita akan dihisap.

Khamis, 27 Oktober 2011

KAYANGAN

Aku baru sahaja turun dari kayangan. Dia atas sana merpati banyak sungguh. Aku nak kira, tak terkira. Korang tau kan istilah banyak tu camne maksudnya? Bukan aku duduk saja kat atas sana tu.

Jalan-jalan.

Ada bidadari tu yang pimpin tangan aku. Damai je rasa. Sampai ke kalbu damainya.

Dari pintu ke pintu aku masuk
Dari bilik ke bilik aku lena
Dari ruang ke ruang aku hirup

Tak rasa letih sikit pun. Seronok sangat. Korang pernah rasa tak? Selalunya memang waktu-waktu begini bidaddari tu akan turun jemput orang. Orang yang tidur je dia jemput. Lebih baik tidur awal. Nanti, kat atas sana takda ramai orang. Kita ngan dia je yang ada.

Jom kita tidur

Tadi aku tidur . Sekarang aku sudah bangun. Sebab nak cerita pada korang semua. Nak kasi korang rasa jugak.



22 Oktober 2011 (12:17)

Khamis, 20 Oktober 2011

KERJA AKU

Perjalanan yang aku mulakan tadi sudah aku tamatkan. Begitulah yang akan aku lakukan sepanjang cuti aku kali ini. Memulakan perjalanan dan tamatkannya.

Lebuhraya senai-desaru. Aku meluncur laju dari permulaan tol ulu tiram lagi. Memecut dengan dua tayar pada kelajuan 130 km/j. Kekadang 100 km/j. Begitu ajalah perilaku di lebuhraya. Laju perlahan, perlahan laju. Itu sahaja kemampuan Wave 125 warna biru yang aku tunggang. Aku tau kemampuan jentera biru itu.

Perjalanan yang hampir sejam ini mungkin sahaja yang ada di sekitarnya sudah lali dan paham dengan cara pemanduan aku. Kalau terasa bosan, perlahanlah jentera aku itu. Kalau rasa nak memecut, laju lah perginya. Sama sahaja caranya. Berulang-ulang. Sudah mesti mereka sudah lali.

Aku pun begitu juga. Sudah lali. Lubang pada kilometer berapa. Selekoh di kilometer berapa. Berapa banyak "double line" yang ada. berapa ekor binatang yang mati kerana dilanggar juga aku dapat tahu berapa bilangannya. Sebab dalam tempoh sebulan percutian aku ini, lebih 10 kali aku akan melaluinya.

Aku masih lagi di atas jentera 125 kesayangan. Basah ke, kering ke. Aku tetap dengan Wave 125. Ye, aku masih menunggangnya. Tapi, fikiran aku tidak ada bersama. Menerawang ke atas dan entah ke mana sahaja perginya. Ini semua kerana perjalanan ini.

Fantasi dan realiti. Mana yang disukai? Ada yang kata fantasi. Sebab boleh berimaginasi apa yang kita mahukan. Ada yang kata realiti. Sebab boleh merasai apa yang kita lakukan. Bagi aku, aku nak kedua-duanya sekali. Supaya aku dapat berimaginasi dan merasai.

"Tuhan, satu yang aku pinta. Semoga sepanjang perjalanan aku ini kering"

Aku juga berharap segala apa yang buruk, dosa, hitam, kotor hanya dalam imaginasi aku sahaja. Kerana itu bisa aku padam, buang dan lupakan. Yang penting, tidak berbekas.

Aku juga berharap segala apa yang elok, pahala, putih, bersih dapat berlaku dalam fantasi dan realiti. Supaya aku dapa merasai dan nikmati kesan dan hasilnya.



*perjalan aku bukan kosong. berjumpa kasih di hujung perjalanan. isinya aku manfaatkan.

Selasa, 18 Oktober 2011

LEBURAYA SENAI-DESARU

Cuti aku sudah separuh bermula. Sudah sampai di syurga selepas menempuhi suatu perjalanan yang panjang. Jemu. Bukan Bosan. Berehat.

Kasih yang aku sayang berada di penghujung LEBUHRAYA SENAI-DESARU. Aku berada di bahagian permulaan. Berdiri di tengah jalan sambil memandang ke hadapan. Aku tak nampak penghujung nya. Jauh atau sangat jauh ye? Lebuhraya itu lah yang harus aku lalui untuk sampai di penghujung dan bertemu dengan kasih ku.

Jumaat, 14 Oktober 2011

PERJALANAN MASA

aku baru sudah sampai dari suatu perjalanan masa. banyak selekoh lubang dan simpangnya. ini sememangnya perjalanan yang harus aku lalui. walau kadangnya jemu bertamu dalam lubuk hati tanpa dipinta. dialah teman perjalanan. ini sememangnya perjalanan yang harus aku lalui. Ya, memang suatu perjalanan yang sarat jemu makanannya. tapi, ini juga jalan yang harus aku lalui walau nanti kesannya akan terjelepok muntah mual di tepi sisiran masa. mungkin nanti, nombor yang berkelilingan juga akan jemu melihat ku setiap kali saatnya. tapi, itu juga yang terpaksa dia lalui walau nanti dia sudah kebobrokan terperusuk dalam jalannya juga.

dikunkan. jalan aku dan dia adalah sama. masih terus walau jemu makanannya – diam. aku dan dia mahu berehat dan tidur.

14 Oktober 2011 (08:40)

Selasa, 4 Oktober 2011

HUJAN

Malam ni hujan rintk-rintik. Tak sama macam petang tadi. Angin bertiup bagai tofan. Aku yang besar ni tengok pun dah takut. Lagi lah binatang kecik-kecik atau budak kecil.

Langit merintih mungkin dalam tafsiran hati kecil. Sudah lama terpendam. Baru sekarang baru lepas perit di dada langit itu. Berdentum-dentum sendu. Meraung sekuat mungkin. Biar mereka tahu betapa perit apa yang ditanggung.

Lerai sedikit tangisnya. Mereka sudah sedar atau tidak? Aku pula bagaimana? Adakah sama ngan mereka?

Aku nokhtahkan rencana. Adakah aku sama dengan mereka?

BUKAN KEHENDAK

Jangan salahkan aku andai aku kurang ajar dan biadap. Semua itu dari kau! bukan kemahuan aku itu lakukan itu. Tapi, sebab kau! Aku bukan begitu azalinya. Tapi, aku berubah sebab kau!

Jangan ajar aku lebih lagi. Sudah memadai satu ini yg buruk dan bodoh!.

AKU TAK NAK SAMA

Ye, apa yang kita lalui ni adalah sama ngan mereka tu semua. BERCINTA. HIDUP. Tapi, aku tak nak sama ngan mereka. Apa yang mereka lalui itu adalah jalan mereka. Aku tetap ngan jalan aku. Kita tetap ngan jalan kita. AKU TAK NAK SAMA.

Kalau apa yang kita lalui lebih kurang sama, kita cari perbezaannya.

Isnin, 3 Oktober 2011

SUDAH LAH...

Sudah...sudah lah. Aku kata sudah, sudah lah. Apa lagi yang nak dibangkitkan. Lepas tu memang terlepas. Takda boleh turun balik atau tarik balik. Tiada dalam hukum dari 1 jadi 12.law dah 1, maka urutannya adalah 2 3 4 dan seterusnya...
*terus meluncur ke hadapan

BERULANG LAGI

Hari ini aku bangkit lagi. Menjalani kehidupan sebagai manusia lagi. Begitulah setiap hari. Kalau aku begitu, kamu juga begitu bukan? Mustahil kamu tak mejalani perkara yang sama.

Apa? Kamu tak setuju dengan apa yang aku cakapkan? "ya, aku tak bersutuju dengan kenyataan kamu".

Kenapa kamu berkata sedemikian. Sedangkan aku dan kamu adalah sama. Atas dasar manusia juga. "tidak, tak.tidak sama sekali. Aku punyai harta bertimbun. Aku ada segala". Segala macam dia berkata. Aku biar sahaja. Aku berlalu pergi tinggalkan dia.

Aku teriak dan bertempik dari jauh.





Aku punyai MARUAH dan HARGA DIRI!!!

Khamis, 30 Jun 2011

Tatkala aku diam di sudut ini.
Di hujung sana ada yang bersuara.
Suara aku dan mereka berbeza sungguh.
Kali ini aku diam.Mereka pula bersuara.
Dengan sengaja aku teriak kepada mereka.

Hey,
diamlah!
Diamlah!
Diamlah!

Mereka seperti itu juga.
Tetap dengan suara mereka itu.
Aku pulang semula dalam diri.
Aku di dalam.
Mereka di luar.

Selasa, 19 April 2011

ADINDA-LAH AHMAD

.lirik lagu kat blog aku nie ha...saje masokkan.mana tau korang nak nyanyi ke lagu nie kan.ehe.

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang kutunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(Chorus)

Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Chorus)
Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

(Chorus)


pesanan dari penaja : cari dan kumpul duit banyak-banyak

Isnin, 18 April 2011

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

[Chorus] Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend
Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

mine will be yours...insyAllah..:)..we pray hard for us..
if anything happen...Only HIM know what is right and wrong...we must accept
it....we also can try for our relationship..:).. i love u....-from me-

Sabtu, 16 April 2011

JOM JOGET

.eh.apa nie semua???.joget plak!.hahaha.saje je wat gempak.

.weyh, hang dengaq sini cek nak habaq kat depa semuo.esok cek pekse tau.pekse final untuk semester 2 sekarang nie.cek mula pekse esok.subjek komputer.pukul 12 kat dewan.cek ase sekejap je dah nak abis semester 2.huhuhu.tak sangka cek.

.hish!.aku nie.cakap loghat kedah plak ye.hehehe.saje try beb.jangan marah ye orang2 utara.saje je aku nak cuba...heheheh.tak sedap kan bunyinya.aku nampak korang tutup telinga....majok lah gini.huhuhu.

.nie ha, jadual exam aku.korang nampak tak?.kalau tak nampak tu mintak maaf lah ye.hahahaha.

Jumaat, 15 April 2011

PENCACAI NAJIS

kerjanya sama berulang-ulang.
itu sahaja kerjanya yang dia ada.
kira okeylah buat dia.
dari menjilat air liur mereka.

kerjanya sama berulang-ulang.
orang buang dia yang angkat.
dia buang sendiri angkat.
kira okeylah buat dia.
dari meracun fikiran mereka.

kerjanya sama berulang-ulang.
bekas orang dia bersihkan.
bekas dia sendiri bersihkan.
kira okeylah buat dia.
dari berbau merata-rata.

TERSENTAP

*Azizi Abdullah
weyh, dengar nie weyh.kawe ada bendo nak kecek kat demo semuo nie.semale kawe dok buzy online, tetibe kawe teringat kat cikgu kawe sore nie.cikgu penulisan kawe.terus kawe taip nama blog dio.rindu nak dengar citor dari dio nuh.terkejut kawe bila bace blog dio.(payah gok nak naip loghat kalate nie.hahahaha.)*guna yang asli je mudah.beliau berada di hospital rupanya.aku betul2 terkejut!.aku baca lagi entry die.dia disyaki menghidap paru2 berair rupanya.sekarang nie beliau ada di hospital pulau pinang.
*beliau di wad CRW Hospital Pulau Pinang
sekarang nie beliau masih di hospital.menunggu saat bila agaknya dapat keluar dari hospital.sy doakan Tukya cepat sembuh ye.moga2.amiin.

Isnin, 11 April 2011

.aduyai.bersepah nya blog aku nie.banyak betol sampahnya.semut pown dah banyak.weyh!.bak sini penyapu tu.aku nak sapu blog aku nie ha.serabut sangat. .huh!.lega dah.bersih dah kowt blog aku nie.you all, okeyh tak blog aku nie?.sape kate tak okeyh tu ha???.nak kena tumbuk ea ngan aku?!.hahaha.

Sabtu, 9 April 2011

hye there!!...:D ..tis is our sweet memory at taman tamdun terengganu..
i miss this moment!...our pink day..wink2...:)

.i'm start writting my blog again..(oppss!..not my blog..his blog..:))..i'm only his share partner..hehe...sharing is good..:)..last mont..i went to KUALA TERENGGANU..emmm..i love this place very much!..second time..i went there by bus..i'm alone..:)..(takut jgak)..huhu..8 hours waiting in bus...hoho..finally...i'm arrived..alhamdulilah...i met him..very handsome..cute..(jgn kembang lbh2 ea en.hazhizh)..hehe...
this is my friend...my bestfriend...my good friend...n my love..:)...tq very much coz take care of me..my sweet memory wif u...
this is me!...nice photo right??..heheh...my love took this picture..TQ dear!...insyallah u will become a pro photographer...and...i'm your model that u can't find like me..hahah...i like to hear that u said...sayang..awk model abg plg abg cantik n abg syg..haha...tq dear...
Kalo ade jodoh xkemana kita syg..:)...Pray for our success di dunia & akhrt

i dont know what i want to write..:)

i just want to say....sayang kamu...:)..

Isnin, 28 Februari 2011

setelah lama berpisah...
kami bersatu semula membuka kisah yang baru!
ANTARA
HAZHIZH & NABILAH
aku akan sentiase membahagiakan drimu sehingga mata ku tertutup dgn sendirinya...
aku akan sentiase membuat kamu tersenyum sehingga aku menghembuskan nafas yg terakhir..
dan...aku akan sentiase mencintaimu..menjgamu sehingga...riwayatku dikandung tanah...
AdAkAh SaYaNg TaHu??
pertemuan kite berdua ini...tidak disangka...selama ini ayang mencari kamu..akhrnyer bertemu jua kite di ruang FACEBOOK!!...setelah 8 taun tidk ketemu...
Hanya tuhan shaje yg tau ape yg ayg rase pd waktu itu....
Ayang tidak mengharapkan ape2 dari kamu pada mulanya.....
TETAPI SAYANGKU....sifatmu..layananmu terhadap ayang..telah membuat atiku goyah terhadap drimu....
KaMu TaHu???
ati ayang memberontak untk menyatakan ayg telah jatuh ati kat kamu...
makin hari makin bertambah sayang ini pada kamu,sayang...
makin hari..atiku makin gusar kerna takut untk kehilgn kamu lgi....
kamu sudah membuat ati ayang terkunci erat untk mencintai kamu lagi syg....
DaN AkHrNya!!
kasih sygku ini berbalas juga olehmu MUHAMMAD HAZHIZH....
aku merasakn kebhgn itu setiap saat bersamamu.....
air mataku...tawaku...suka n duka ku....hanya akan bersmamu slps ini....:))
SAYANG...pegang erat tali cintaku ini...untk kite melangkah bersama membina sejarah kisah hidup kita yang akan datang....
KISAH CINTA ANTARA SAYA & KAMU......

Rabu, 26 Januari 2011

ada ke perbezaan???

kali ini entry aku ada emosi sikit.ini semua pengaruh dari keadaan sekeliling.faktor yg wat aku jadi serabut!. orang kata laki dan perempuan nie berbeza.apa yang beza?.soal hati bezanya.perempuan nie lembut.senang menangis.tu bezanya?.ada aku peduli!!!. itu orang kata.sekarang nie, ada beza tak antara lelaki dan perempuan dalam konteks penerimaan takdir???.hanya laki je yang kena terima takdir.dan yang perempuan tak perlu???.apa nie...takdir adalh ketentuan Yang Maha Esa.asal namanya hamba Dia, seseorang tu harus terima.tak da alasan.terima lah TAKDIR DAN KETENTUAN dari Dia. bagi aku, biar sakit dan pahit sekalipun dalam berkawan.kawan tetap kawan.tak perlu nak tarik muka bila berjumpa.tak perlu juga pura-pura.jelaskan segalanya dan cari jalan penyelesaian. dalam bersahabat, apa pun terjadi tetap bersama sepatutnya.seperti zaman sahabat dahulu.betapa sayang nya Rasulluah terhadap mereka.penuh kasih sayang kehidupan Baginda. bila fikir semula, jadi seperti patrik dan spangebob ag best.biar pun masing2 dengan perangai yang entah apa2.tapi tetap masih bersama."SEKALI BERKAWAN SAMPAI MATI TERJALIN".

Selasa, 18 Januari 2011

Buka semula INTERLOK!.

Agak menyedihkan apabila novel bertajuk Interlok milik Datuk Abdullah Hussain dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini. Tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun. Berita yang meletus sekarang ni sungguh menggoncang hati aku nie.sasterawan negara (Abdullah Hussain) di katakan BODOH oleh sekumpulan kaum India yang masih bebal lagi dalam cara pemikiran yang lama.masih lagi sempit otak mereka tu.aku rasa bagai ditampar apabila melihat tajuk besar suatu akhbar. "AIR MATA SATERAWAN".apa semua nie?.sebelum kisah Interlok, kisah PPSMI.A.Samad Said turun padang sanggup berjuang untuk bahasa.kali ini, Abdullah Hussain pula yang turun padang untuk berbicara tentang hasil karya nya.berlinang air mata beliau. Interlok nie dah lama diterbitkan.tapi mengapa sekarang baru dipertikaikan???.buka semula novel ini dah teliti maksudnya!.pahamkan!.sebak dada aku nie melihat saterawan negara mengalirkan air matanya apabila hasil karya di POLITIKKAN & DIBAKAR.hina sungguh rasanya.ikuti temubual ringkas di bawah ni.sumber diambil dari http://blog2-politik.blogspot.com
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan ketika ditemubual oleh wartawan dari Utusan Malaysia. Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok? Abdullah: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima. Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu? Abdullah: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman 'paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok? Abdullah: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia. Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini? Abdullah: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India. Datuk masih menulis? Abdullah: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
Apabila Interlok dipertikaikan, semua penulis dan penggiat seni sastera juga terasa bahang nya apabila melihat sasterawan dihina.begitu juga aku!.aku bangkit!.sasterawan adalah jiwa kami semua!. Tolong lah pahamkan apa maksud sasterwan kita ini...sudah jelas jawapannya walau pendek jawab nya.Beliau sungguh sedih melihat apa yang sedang berlaku sekarang nie... Moga peristiwa yang sedang berlaku sekarang nie cepat reda nya.kasihani dan sayangi lah beliau (Abdullah Hussain) sasterawan negara.

Isnin, 17 Januari 2011

susah sangat ke???

entry dah lama aku nak tulis.tapi, tak tertulis2.hehehe.geram lah aku duduk kat terengganu nie!.susah sangat ke nak wat perkara yang sungguh mudah????.susah ke???.hanya perlu buat seperti ini sahaja.....bukan semua.tapi, ini luahan dari apa yang telah aku perhatikan.
*susah sangat ke nak senyum???
ikut kan hati nak wat camnie je depan orang yang tak reti nak senyum semula bila aku nie senyum.spoil lah!.ehe.
*geram seyh!!!.