Jumaat, 15 April 2011

PENCACAI NAJIS

kerjanya sama berulang-ulang.
itu sahaja kerjanya yang dia ada.
kira okeylah buat dia.
dari menjilat air liur mereka.

kerjanya sama berulang-ulang.
orang buang dia yang angkat.
dia buang sendiri angkat.
kira okeylah buat dia.
dari meracun fikiran mereka.

kerjanya sama berulang-ulang.
bekas orang dia bersihkan.
bekas dia sendiri bersihkan.
kira okeylah buat dia.
dari berbau merata-rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan