Ahad, 30 Oktober 2011

ATAS DASAR MANUSIA

Sedar dari lena. Bangkit. Ayam jantan masih belum berkokok. Aku yang paling awal bangun. Pergi ke toilet. Usai aku dari itu aku solat. Satu kewajipan. Atas dasar manusia, masing-masing akan lakukan perkara yang sama. Tak akan lepas dari tanggungjawab sebagai manusia.

Ye, itu yang kami lakukan. Itu jawapan mereka bila cuba aku tanya. Sudah itu jawapannya. Mereka juga atas dasar manusia. Sesetengah sahaja yang tak lakukan itu. Mereka punya alasan tersendiri. Aku sendiri juga terkadang bangun sesudah ayam jantan itu bangun. Ini juga atas dasar manusia.

Tapi, harus ingat juga. Sebab kita ni hidup atas dasar manusia lah nanti kita akan dihisap.

Khamis, 27 Oktober 2011

KAYANGAN

Aku baru sahaja turun dari kayangan. Dia atas sana merpati banyak sungguh. Aku nak kira, tak terkira. Korang tau kan istilah banyak tu camne maksudnya? Bukan aku duduk saja kat atas sana tu.

Jalan-jalan.

Ada bidadari tu yang pimpin tangan aku. Damai je rasa. Sampai ke kalbu damainya.

Dari pintu ke pintu aku masuk
Dari bilik ke bilik aku lena
Dari ruang ke ruang aku hirup

Tak rasa letih sikit pun. Seronok sangat. Korang pernah rasa tak? Selalunya memang waktu-waktu begini bidaddari tu akan turun jemput orang. Orang yang tidur je dia jemput. Lebih baik tidur awal. Nanti, kat atas sana takda ramai orang. Kita ngan dia je yang ada.

Jom kita tidur

Tadi aku tidur . Sekarang aku sudah bangun. Sebab nak cerita pada korang semua. Nak kasi korang rasa jugak.



22 Oktober 2011 (12:17)

Khamis, 20 Oktober 2011

KERJA AKU

Perjalanan yang aku mulakan tadi sudah aku tamatkan. Begitulah yang akan aku lakukan sepanjang cuti aku kali ini. Memulakan perjalanan dan tamatkannya.

Lebuhraya senai-desaru. Aku meluncur laju dari permulaan tol ulu tiram lagi. Memecut dengan dua tayar pada kelajuan 130 km/j. Kekadang 100 km/j. Begitu ajalah perilaku di lebuhraya. Laju perlahan, perlahan laju. Itu sahaja kemampuan Wave 125 warna biru yang aku tunggang. Aku tau kemampuan jentera biru itu.

Perjalanan yang hampir sejam ini mungkin sahaja yang ada di sekitarnya sudah lali dan paham dengan cara pemanduan aku. Kalau terasa bosan, perlahanlah jentera aku itu. Kalau rasa nak memecut, laju lah perginya. Sama sahaja caranya. Berulang-ulang. Sudah mesti mereka sudah lali.

Aku pun begitu juga. Sudah lali. Lubang pada kilometer berapa. Selekoh di kilometer berapa. Berapa banyak "double line" yang ada. berapa ekor binatang yang mati kerana dilanggar juga aku dapat tahu berapa bilangannya. Sebab dalam tempoh sebulan percutian aku ini, lebih 10 kali aku akan melaluinya.

Aku masih lagi di atas jentera 125 kesayangan. Basah ke, kering ke. Aku tetap dengan Wave 125. Ye, aku masih menunggangnya. Tapi, fikiran aku tidak ada bersama. Menerawang ke atas dan entah ke mana sahaja perginya. Ini semua kerana perjalanan ini.

Fantasi dan realiti. Mana yang disukai? Ada yang kata fantasi. Sebab boleh berimaginasi apa yang kita mahukan. Ada yang kata realiti. Sebab boleh merasai apa yang kita lakukan. Bagi aku, aku nak kedua-duanya sekali. Supaya aku dapat berimaginasi dan merasai.

"Tuhan, satu yang aku pinta. Semoga sepanjang perjalanan aku ini kering"

Aku juga berharap segala apa yang buruk, dosa, hitam, kotor hanya dalam imaginasi aku sahaja. Kerana itu bisa aku padam, buang dan lupakan. Yang penting, tidak berbekas.

Aku juga berharap segala apa yang elok, pahala, putih, bersih dapat berlaku dalam fantasi dan realiti. Supaya aku dapa merasai dan nikmati kesan dan hasilnya.



*perjalan aku bukan kosong. berjumpa kasih di hujung perjalanan. isinya aku manfaatkan.

Selasa, 18 Oktober 2011

LEBURAYA SENAI-DESARU

Cuti aku sudah separuh bermula. Sudah sampai di syurga selepas menempuhi suatu perjalanan yang panjang. Jemu. Bukan Bosan. Berehat.

Kasih yang aku sayang berada di penghujung LEBUHRAYA SENAI-DESARU. Aku berada di bahagian permulaan. Berdiri di tengah jalan sambil memandang ke hadapan. Aku tak nampak penghujung nya. Jauh atau sangat jauh ye? Lebuhraya itu lah yang harus aku lalui untuk sampai di penghujung dan bertemu dengan kasih ku.

Jumaat, 14 Oktober 2011

PERJALANAN MASA

aku baru sudah sampai dari suatu perjalanan masa. banyak selekoh lubang dan simpangnya. ini sememangnya perjalanan yang harus aku lalui. walau kadangnya jemu bertamu dalam lubuk hati tanpa dipinta. dialah teman perjalanan. ini sememangnya perjalanan yang harus aku lalui. Ya, memang suatu perjalanan yang sarat jemu makanannya. tapi, ini juga jalan yang harus aku lalui walau nanti kesannya akan terjelepok muntah mual di tepi sisiran masa. mungkin nanti, nombor yang berkelilingan juga akan jemu melihat ku setiap kali saatnya. tapi, itu juga yang terpaksa dia lalui walau nanti dia sudah kebobrokan terperusuk dalam jalannya juga.

dikunkan. jalan aku dan dia adalah sama. masih terus walau jemu makanannya – diam. aku dan dia mahu berehat dan tidur.

14 Oktober 2011 (08:40)

Selasa, 4 Oktober 2011

HUJAN

Malam ni hujan rintk-rintik. Tak sama macam petang tadi. Angin bertiup bagai tofan. Aku yang besar ni tengok pun dah takut. Lagi lah binatang kecik-kecik atau budak kecil.

Langit merintih mungkin dalam tafsiran hati kecil. Sudah lama terpendam. Baru sekarang baru lepas perit di dada langit itu. Berdentum-dentum sendu. Meraung sekuat mungkin. Biar mereka tahu betapa perit apa yang ditanggung.

Lerai sedikit tangisnya. Mereka sudah sedar atau tidak? Aku pula bagaimana? Adakah sama ngan mereka?

Aku nokhtahkan rencana. Adakah aku sama dengan mereka?

BUKAN KEHENDAK

Jangan salahkan aku andai aku kurang ajar dan biadap. Semua itu dari kau! bukan kemahuan aku itu lakukan itu. Tapi, sebab kau! Aku bukan begitu azalinya. Tapi, aku berubah sebab kau!

Jangan ajar aku lebih lagi. Sudah memadai satu ini yg buruk dan bodoh!.

AKU TAK NAK SAMA

Ye, apa yang kita lalui ni adalah sama ngan mereka tu semua. BERCINTA. HIDUP. Tapi, aku tak nak sama ngan mereka. Apa yang mereka lalui itu adalah jalan mereka. Aku tetap ngan jalan aku. Kita tetap ngan jalan kita. AKU TAK NAK SAMA.

Kalau apa yang kita lalui lebih kurang sama, kita cari perbezaannya.

Isnin, 3 Oktober 2011

SUDAH LAH...

Sudah...sudah lah. Aku kata sudah, sudah lah. Apa lagi yang nak dibangkitkan. Lepas tu memang terlepas. Takda boleh turun balik atau tarik balik. Tiada dalam hukum dari 1 jadi 12.law dah 1, maka urutannya adalah 2 3 4 dan seterusnya...
*terus meluncur ke hadapan

BERULANG LAGI

Hari ini aku bangkit lagi. Menjalani kehidupan sebagai manusia lagi. Begitulah setiap hari. Kalau aku begitu, kamu juga begitu bukan? Mustahil kamu tak mejalani perkara yang sama.

Apa? Kamu tak setuju dengan apa yang aku cakapkan? "ya, aku tak bersutuju dengan kenyataan kamu".

Kenapa kamu berkata sedemikian. Sedangkan aku dan kamu adalah sama. Atas dasar manusia juga. "tidak, tak.tidak sama sekali. Aku punyai harta bertimbun. Aku ada segala". Segala macam dia berkata. Aku biar sahaja. Aku berlalu pergi tinggalkan dia.

Aku teriak dan bertempik dari jauh.





Aku punyai MARUAH dan HARGA DIRI!!!