Khamis, 20 Oktober 2011

KERJA AKU

Perjalanan yang aku mulakan tadi sudah aku tamatkan. Begitulah yang akan aku lakukan sepanjang cuti aku kali ini. Memulakan perjalanan dan tamatkannya.

Lebuhraya senai-desaru. Aku meluncur laju dari permulaan tol ulu tiram lagi. Memecut dengan dua tayar pada kelajuan 130 km/j. Kekadang 100 km/j. Begitu ajalah perilaku di lebuhraya. Laju perlahan, perlahan laju. Itu sahaja kemampuan Wave 125 warna biru yang aku tunggang. Aku tau kemampuan jentera biru itu.

Perjalanan yang hampir sejam ini mungkin sahaja yang ada di sekitarnya sudah lali dan paham dengan cara pemanduan aku. Kalau terasa bosan, perlahanlah jentera aku itu. Kalau rasa nak memecut, laju lah perginya. Sama sahaja caranya. Berulang-ulang. Sudah mesti mereka sudah lali.

Aku pun begitu juga. Sudah lali. Lubang pada kilometer berapa. Selekoh di kilometer berapa. Berapa banyak "double line" yang ada. berapa ekor binatang yang mati kerana dilanggar juga aku dapat tahu berapa bilangannya. Sebab dalam tempoh sebulan percutian aku ini, lebih 10 kali aku akan melaluinya.

Aku masih lagi di atas jentera 125 kesayangan. Basah ke, kering ke. Aku tetap dengan Wave 125. Ye, aku masih menunggangnya. Tapi, fikiran aku tidak ada bersama. Menerawang ke atas dan entah ke mana sahaja perginya. Ini semua kerana perjalanan ini.

Fantasi dan realiti. Mana yang disukai? Ada yang kata fantasi. Sebab boleh berimaginasi apa yang kita mahukan. Ada yang kata realiti. Sebab boleh merasai apa yang kita lakukan. Bagi aku, aku nak kedua-duanya sekali. Supaya aku dapat berimaginasi dan merasai.

"Tuhan, satu yang aku pinta. Semoga sepanjang perjalanan aku ini kering"

Aku juga berharap segala apa yang buruk, dosa, hitam, kotor hanya dalam imaginasi aku sahaja. Kerana itu bisa aku padam, buang dan lupakan. Yang penting, tidak berbekas.

Aku juga berharap segala apa yang elok, pahala, putih, bersih dapat berlaku dalam fantasi dan realiti. Supaya aku dapa merasai dan nikmati kesan dan hasilnya.



*perjalan aku bukan kosong. berjumpa kasih di hujung perjalanan. isinya aku manfaatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan