Jumaat, 22 November 2013

EMPAYAR

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 23 TAHUN IBU AYAH.
21 NOVEMBER 1990 - 21 NOVEMBER 2013

semoga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.semoga nanti kembali bertemu di syurga Allah.amiin.




Jumaat, 15 November 2013

SALAM JUMAAT

jangan lupa solat jumaat ye kaum adam sekalian


Khamis, 14 November 2013

HAMPARAN DOA

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|sweet birds|
 

Nak jadi seperti burung ni? Boleh, tak jadi masalah pun. Takda siapa yang melarang nya. Tapi, kena tahulah adat dan batasnya dalam pergaulan. Jaga maslahat antara lelaki dan perempuan, kawal nafsu sebaiknya. Nafsu, memang namanya nafsu. Nakkan yang sedap aje. Nafsu, memang nafsu namanya, lagi ditegah lagi dibuat. Hurm, sebenarnya bukan ini yang nak dicaritkan. Tengok tajuk kat atas tu "HAMPARAN DOA". Ni apa pulak cerita pasal nafsunya. Okeyh, stop. 

Apa yang berbicara ini adalah hasil dari pemikiran dan pemerhatian aku sendiri. Kalau ada yang nak menyangkal, sila lah.

Doa adalah nyawa. Tanpa doa kita sebenarnya takkan maju bergerak ke hadapan atau ke belakang atau ke kanan atau ke kiri. Bila sebut pasal doa orang akan berfikir keadaannya kena tadah tangan, duduk atas tikar sejadah, berkopiah, berbaju melayu dan selepas solat. Eh, come on lah sekalian. Bukan dengan keadaan sebegitu je kita berdoa. Bila-bila. Dimana-mana. Tak kira masa. Tak kira keadaan. Keadaan seperti itu adalah syarat atau adab ketika berdoa. Tidak wajib keadaannya. Cuma adab.

Kita berhasrat, adalah doa. Kita berkehendak, adalah doa. Kita berkeinginan adalah doa. Itulah penggerak kita sebenarnya. Bila ada keinginan, kehendak, baru kita berdoa baru kita bergerak berusaha untuk itu. Manusia tanpa hasrat dan impian seolah olah tengkorang yang hidup tanpa ada roh. Kosong. Takda hala tuju. Apa erti hidup tanpa ada impian. 

Duduk diam diam, amik masa sendiri. Tarik nafas dalam dalam, tanya dalam diri. Tanya hati. Apa sebenarnya matlamat hidup ni. Moga sedikit coretan ini membawa kebaikan kepada kalian. Moga minda kalian lebih terbuka untuk berfikir. Mungkin seperti tergantung apa yang diungkapkan aku. Tapi percayalah niat aku hendak kalian berfikir. Bukan ingin tinggalkan kalian dengan tanda tanya.

"kalau malas cukup sekadar lakukan yang wajib.kalau rajin, tambahlah dengan amalan sunat"
 

Isnin, 11 November 2013

TOPENG

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|myself potraiture|
 
 
bila dah namanya topeng, ianya bermaksud bersifat menutup atau melindung. gunanya topeng adalah untuk berselindung dari keadaan yang sebenar. hendak pakai atau tidak itu bergantung pada nafsu dan akal seseorang tu. topeng hanya bersifat sementara. takda yang kekal bila namanya topeng.

Sabtu, 9 November 2013

BERHARAP

mu.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|myself potraiture|

berharap hanya pada Tuhan. Dia sahaja yang penentu segalanya. aku hanya hamba yang tak punya kuasa. hanya reti merancang tapi penentu perancangan aku adalah Dia. sementara peluang masih ada, aku pasakkan niat berusaha sebaiknya dalam apa jua keadaan yang aku inginkan.


Jumaat, 8 November 2013

MEMBISU

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|self potraiture|


"MEMBISU" itu al-kisah nya cerita lama. Bukan yang sekarang. Tapi gambar ni adalah gambar baru aku. Dalam minggu ni jugak gambar ni terhasil. Tetiba dapat idea, terus pergi shoot. Mujurlah ada kawan aku sekali. So, terhasil lah self potraiture aku untuk kesian kalinya.

Yang lama dah tak mahu bercerita. Enough. Sekadar itu sahaja lah ceritanya. Terkandung dalam susunan perkataan english tu.

Selasa, 5 November 2013

BERDIRI DUDUK


gua rasa gua dah rehat panjang. gua sedia dah nak bangun ni. mungkin kali ni gua dah penuh dengan pengisian. bukan cakap besor, tapi gua yakin Tuhan ada bersama orang yang sabor.

"Tuhan, aku mohon kau hadirkan kekuatan yang luar biasa dalam diri ku"

SAPU SAMPAH

Datang aku perlahan-lahan bawak penyapu dengan penyodok. Bersepah sungguh dah ni. Lama sangat dah rasanya tak log in sini. Sibuk dengan hidup yang ........ haih. Sibuk mengurus hidup yang tonggang langgang tak terurus. Sekarang alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Makin elok dah. Dah angkat balik rak yang terbalik. Dah masukkan baju dalam gerobok. Dah susun susun kasut. Semuanya dah lah senang kata.

Huh! Penat kerja mengemas ni bila dah lama tinggalkan. Lepak jap minum kopi ke teh o ke. Bila duduk duduk gini rasa cam ada benda je yang nak dicerita. Tapi, lain kali lah ye. Ni nak rehat sambil minum minum aje.