Khamis, 14 November 2013

HAMPARAN DOA

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|sweet birds|
 

Nak jadi seperti burung ni? Boleh, tak jadi masalah pun. Takda siapa yang melarang nya. Tapi, kena tahulah adat dan batasnya dalam pergaulan. Jaga maslahat antara lelaki dan perempuan, kawal nafsu sebaiknya. Nafsu, memang namanya nafsu. Nakkan yang sedap aje. Nafsu, memang nafsu namanya, lagi ditegah lagi dibuat. Hurm, sebenarnya bukan ini yang nak dicaritkan. Tengok tajuk kat atas tu "HAMPARAN DOA". Ni apa pulak cerita pasal nafsunya. Okeyh, stop. 

Apa yang berbicara ini adalah hasil dari pemikiran dan pemerhatian aku sendiri. Kalau ada yang nak menyangkal, sila lah.

Doa adalah nyawa. Tanpa doa kita sebenarnya takkan maju bergerak ke hadapan atau ke belakang atau ke kanan atau ke kiri. Bila sebut pasal doa orang akan berfikir keadaannya kena tadah tangan, duduk atas tikar sejadah, berkopiah, berbaju melayu dan selepas solat. Eh, come on lah sekalian. Bukan dengan keadaan sebegitu je kita berdoa. Bila-bila. Dimana-mana. Tak kira masa. Tak kira keadaan. Keadaan seperti itu adalah syarat atau adab ketika berdoa. Tidak wajib keadaannya. Cuma adab.

Kita berhasrat, adalah doa. Kita berkehendak, adalah doa. Kita berkeinginan adalah doa. Itulah penggerak kita sebenarnya. Bila ada keinginan, kehendak, baru kita berdoa baru kita bergerak berusaha untuk itu. Manusia tanpa hasrat dan impian seolah olah tengkorang yang hidup tanpa ada roh. Kosong. Takda hala tuju. Apa erti hidup tanpa ada impian. 

Duduk diam diam, amik masa sendiri. Tarik nafas dalam dalam, tanya dalam diri. Tanya hati. Apa sebenarnya matlamat hidup ni. Moga sedikit coretan ini membawa kebaikan kepada kalian. Moga minda kalian lebih terbuka untuk berfikir. Mungkin seperti tergantung apa yang diungkapkan aku. Tapi percayalah niat aku hendak kalian berfikir. Bukan ingin tinggalkan kalian dengan tanda tanya.

"kalau malas cukup sekadar lakukan yang wajib.kalau rajin, tambahlah dengan amalan sunat"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan