Sabtu, 17 Mei 2014

MONOLOG AKU TENTANG KITA

Aku bermain dengan aksara kata mereka. Mereka mungkin tidak sama dengan aku. Bukan mungkin sebenarnya, tapi, sesungguhnya memang berbeza. Takda titik pertemuan yang akan membuatkan aku dan mereka menjadi AKU. Menjadi kita tu mungkin satu kemungkinan besar. Tapi tetap sama juga. Akan ada satu tembok solid yang tegap berdiri tegap di hadapan aku dan mereka. Tembok solid, tembok Tuhan. Menjadi kita tu, tak semua akan sama. Yang sama hanya beberapa sahaja yang lain tetap berbeza.

Kata mudahnya begini.

Aku dan mereka dari satu lorong yang sama. Kalau aku berhenti, mereka juga akan berhenti . Kalau mereka pernah melayan nafsu, aku juga begitu. Yelah, dari lorong yang sama kan. Nanti sampai simpang tiga atau simpang empat, akan wujud pilihan. Sama ada aku dan mereka bersama akan menjadi aku adalah aku atau mereka adalah mereka. Yang pastinya pilihan pasti akan ada.

Khamis, 15 Mei 2014

MINUM KOPI DULU

Lama nya tak ke sini weyh!!! haha

Assalamualaikum semua. Hai. *jinjit kaki sambil lambai-lambai. Baru ni tuan hamba ada masa dan ada line internet. Haha. Itu yang baru nak menjengah ke sini sambil jenguk-jenguk yang lain. Selalu nya online guna enfon aje, mana lah selesa sangat nak masuk ke blog ni ha. Tu yang tinggal kan aje ngan cerita lapok lagi berhabok.

Ehem ehem. Segala yang duka, tak mahu cerita dah. Ini hasrat tuan hamba tau. Jangan lah gelakkan, support lah tuan hamba ngan hasrat tu. Haish, korang ni. Buat apa nak cerita ye dak. Bukan boleh dapat apa pun. Tuhan kan ada, ke Dia aje tempat mengadu untuk segala rasa. Hehe.

Sambil-sambil baca tuan hambanya entri merepek meraban kali ni, pergilah buat kopi secawan. Tak lah haus nanti tekak nya bila menelaah kata kosong ni. Haha. Macamlah korang baca kuat-kuat kan. Eh, tapi mana tahu kan nak kasi kawan-kawan korang tahu jugak apa yang ditulis tuan hamba ni. Hehe.

Eh. Lain kali nanti sambung lagi lah ye. Tuan hamba rasa dah merepek jauh sangat ni. Biasalah, bujang kan tuan hamba ni. Jarang sangat nak merepek sebab nya bukan bidang tuan hamba. Haha.