Sabtu, 26 November 2011

SI KECIL DAN ROKOK

Semalam aku pusing-pusing menaiki motor. Elok cuaca semalam. Tapi, angin sungguh kuat. Laut berombak besar. Sudah pusing-pusing aku singgah sebentar kat pantai belakang uni aku. Banyak sangat perubahan yang berlaku. Aku fikir manusia sahaja yang lakukan perubahan. Tapi, alam juga sedemikian. Pantai semakin terhakis. Pokok tumbang. Pondok roboh. Bumbung tercabut. Makcik niaga cabut lari. (Jangan marah ye. Gurau-gurauan)

Merayap lagi selepas otak aku kembali segar ditiup angin bayu. Aku bawa perlahan je. Kan aku ngah pusing-pusing, dah tentu perlahan. Kalau bawa laju-laju, itu belumba namanya.

Sebelum pulang teratak lena, singgah sebentar di 7e. Beli minuman sahaja. Milo tin. Sebelum bergerak pakai helmet dulu. Tetiba ada pakcik sebelah ni bersama 3 orang anak dia baru sampai. Aku kira pakcik lah. Sebab anak dah 3 kan.

Dua orang anak dia turun untuk masuk 7e atas arahan orang tua kepada si kecil sambil menghulur RM 10. Langsung dialog ini....

BAPAK : belikan ayah rokok dunhill sekotak (sambil hulur RM 10 pada si kecil)
Si kecil (akak) : okeyh (terus masuk ke dalam 7e)
Si kecil (adeq) : ayah, nak air?
Bapak : takda air2. Ayah tak bawa duit lebih. Cukup-cukup je nak beli rokok

Aku yang kat sebelah pakcik tu sambil memakai helmet senyum je. Dalam hati. Pakcik, pakcik. Anak nak air ko kata duit tak cukup. Beli rokok cukup pula duitnya. Pentingkan rokok dari anak.

Realiti tentang kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan