Selasa, 18 Januari 2011

Buka semula INTERLOK!.

Agak menyedihkan apabila novel bertajuk Interlok milik Datuk Abdullah Hussain dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini. Tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun. Berita yang meletus sekarang ni sungguh menggoncang hati aku nie.sasterawan negara (Abdullah Hussain) di katakan BODOH oleh sekumpulan kaum India yang masih bebal lagi dalam cara pemikiran yang lama.masih lagi sempit otak mereka tu.aku rasa bagai ditampar apabila melihat tajuk besar suatu akhbar. "AIR MATA SATERAWAN".apa semua nie?.sebelum kisah Interlok, kisah PPSMI.A.Samad Said turun padang sanggup berjuang untuk bahasa.kali ini, Abdullah Hussain pula yang turun padang untuk berbicara tentang hasil karya nya.berlinang air mata beliau. Interlok nie dah lama diterbitkan.tapi mengapa sekarang baru dipertikaikan???.buka semula novel ini dah teliti maksudnya!.pahamkan!.sebak dada aku nie melihat saterawan negara mengalirkan air matanya apabila hasil karya di POLITIKKAN & DIBAKAR.hina sungguh rasanya.ikuti temubual ringkas di bawah ni.sumber diambil dari http://blog2-politik.blogspot.com
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan ketika ditemubual oleh wartawan dari Utusan Malaysia. Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok? Abdullah: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima. Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu? Abdullah: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman 'paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok? Abdullah: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia. Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini? Abdullah: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India. Datuk masih menulis? Abdullah: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
Apabila Interlok dipertikaikan, semua penulis dan penggiat seni sastera juga terasa bahang nya apabila melihat sasterawan dihina.begitu juga aku!.aku bangkit!.sasterawan adalah jiwa kami semua!. Tolong lah pahamkan apa maksud sasterwan kita ini...sudah jelas jawapannya walau pendek jawab nya.Beliau sungguh sedih melihat apa yang sedang berlaku sekarang nie... Moga peristiwa yang sedang berlaku sekarang nie cepat reda nya.kasihani dan sayangi lah beliau (Abdullah Hussain) sasterawan negara.

2 ulasan:

  1. Isu ini sekarang hangat. Sedih bila tgk SN Abdullah Hussain mengeluarkan air mata. Semoga isu ini berakhir dengan seadilnya. Amin...

    BalasPadam