Jumaat, 31 Mei 2013

PERTEMUAN

Sikit sahaja yang aku nak coretkan. *nak tau tentang isi pertemuan ni, kena jumpa aku.hehe.

Allahurobbi. Semuanya tak dirancang dengan rapi pun. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang telah Kau takdirkan. Pertemuan dan perpisahan kami ikhlas kerana mu, ya Allah. Aku anggap itu adalah suatu rahmat yang sungguh besar dari Kau.

Dalam aku sibuk dalam mengendalikan perasaan aku yang dilanda masalah, rupanya dalam waktu yang sama sahabat aku sedang berjuang dalam mengawal hatinya dengan hebat sekali. Allahurobbi. Sesungguhnya dugaan itu tidak semua merasa. Ada bahagian masing-masing. Nak dicerita apa perbualan dalam pertemuan tu agak susah. Sebab ianya dari hati ke hati.

"Mubin, semoga kau tabah menghadapi dugaan kau itu. perjuangan kau hampir selesai sahabat. selepas ni kau teruskan perjuangan dengan menjaga hati"

Dari cerita sahabat aku tu, ianya bagai suatu penangan hebat buat diri aku. Baru aku sedar, apa yang aku lalui tak sebesar mana pun dugaannya. Terasa kecil je berbanding dengan dugaan sahabat aku tu. Tapi, aku percaya Allah takkan menduga hambanya dengan sesuka hati melainkan dengan kemampuan hambanya itu sendiri.

"Bila kita menangis, bersyukurlah kerana akhirnya Allah berjaya membuatkan kita sedar bahawa kita hanya perlukan Allah Yang Satu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan