Isnin, 13 Mei 2013

FITRAH DAN LUMRAH

Dalam kehidupan kita ini adanya fitrah dan lumrah. Kedua-duanya aku masih belum dapat merungkai perbezaannya. Mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk aku rungkaikan setiap satu.

Ada pula yang mengatakan tentang karma dunia. Karma maksudnya hukum. Ini apa yang aku dapat daripada mereka dan juga kalian. Mungkin itu juga menarik untuk dirungkaikan. Istilah dalam kehidupan ini punya maksud yang berbeza-beza tapi datangnya dari satu, Allah.

Dibawah ini adalah hasil nukilan aku sendiri. Tak silap aku ianya dihasilkan ketika aku ada program di Tanjung Balau. Yang pastinya ia terhasil sewaktu awal pagi. Moga ada manfaat kepada yang membaca entry aku ni. Tak lain tak bukan hanya kerana Allah.

SUNGAI FITRAH

Ku susuri denai gelora
ku tempuhi ranjau berliku
mengalir halusnya budi damai
hilang damai rakusnya buana.

Terkapai-kapai tangan menggapai
dalam lopak kehancuran
mencapai ayat-ayat damai
tenggelam jiwa berantakan.

Ku susuri sungai fitrah
hulur mendakap halusnya damai
indahnya damai mengukir senyum
membasahi jiwa kian kontang.

Tanjung Balau
2009 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan