Isnin, 13 Mei 2013

FITRAH DAN LUMRAH

Dalam kehidupan kita ini adanya fitrah dan lumrah. Kedua-duanya aku masih belum dapat merungkai perbezaannya. Mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk aku rungkaikan setiap satu.

Ada pula yang mengatakan tentang karma dunia. Karma maksudnya hukum. Ini apa yang aku dapat daripada mereka dan juga kalian. Mungkin itu juga menarik untuk dirungkaikan. Istilah dalam kehidupan ini punya maksud yang berbeza-beza tapi datangnya dari satu, Allah.

Dibawah ini adalah hasil nukilan aku sendiri. Tak silap aku ianya dihasilkan ketika aku ada program di Tanjung Balau. Yang pastinya ia terhasil sewaktu awal pagi. Moga ada manfaat kepada yang membaca entry aku ni. Tak lain tak bukan hanya kerana Allah.

SUNGAI FITRAH

Ku susuri denai gelora
ku tempuhi ranjau berliku
mengalir halusnya budi damai
hilang damai rakusnya buana.

Terkapai-kapai tangan menggapai
dalam lopak kehancuran
mencapai ayat-ayat damai
tenggelam jiwa berantakan.

Ku susuri sungai fitrah
hulur mendakap halusnya damai
indahnya damai mengukir senyum
membasahi jiwa kian kontang.

Tanjung Balau
2009 

KOTAK

kotak sifat utamanya petak
petak berkait dengan segi-segi
tidak pula lurus panjang
punyai satu penutup bahagian atas.

 kotak sifat utamanya menyimpan
masuk melalui satu pintu
baru tersusun rapi produk
nanti akan padat dan mampat.

memang sifat ia begitu
kalau kau masuk pun jadi begitu
berupa petak dan padat
takkan bergerak-gerak.

Pemikiran kita pun dalam suatu ruang yang org gelar ianya kotak. Sebab panggil seperti itu ialah kita ni kadangnya terperuk dengan pemikirang yg sempit. Sempit itu adalah ruang - kotak. Nak berfikir di luar kotak, pintu perlu dibuka. Tidak semua pintu dibuka. Nanti ianya akan bersepah berterabur. Hanya satu pintu sahaja yg digunakan untuk keluar.

Doa begitu jugak. Sebab itu Allah pesan, mintaklah pada aku dengan kesungguhan! Sebab, dengan kesungguhan sahaja pintu yang menjadi pelengkap pada kotak akan terbuka! Pintu kedudukannya di atas dan kau di bawah. Apa yg kau perlu untuk membuka pintu itu adalah kudrat. Datang dari mana kudrat? Datang dari Allah!

Sebab tu Allah pesan mintaklah pada aku dengan kesungguhan!

Ahad, 12 Mei 2013

BELAJAR : BAB 2

Bab yang pertama aku dah pun selesai belajar. Merangkak, meratap, menangis, dah pun aku lepas. Alhamdulillah, walau tidak dengan jayanya aku tetap sudah melaluinya. Kalau nak kata aku berjaya dengan cemerlang untuk bab pertama tu, aku sendiri boleh jawab yang aku masih belum cemerlang. Tapi, cemerlang atau tidak itu bukan ukurannya. Sekurang-kurangnya aku dapat isi inti patinya dari bab yang pertama tu.

Bab kedua : Pengalaman orang lain

Perkara ini yang kadang-kadang kita taknak amik ianya sebagai suatu chapter di dalam buku kita. Jawabnya, orang lain mana sama dengan kita. Orang lain pandai cakap je. Orang lain tak tau apa yang kita rasa. Weyh, ini proses pembelajaran. Bukan proses nak tunjukkan pengalaman siapa yang paling hebat. Minta tolong sedar semua termasuk aku!

Kalau nak cerita pengalaman yang aku kutip pada orang lain, memang takkan siap dalam masa aku masih hidup. Setiap hari ada je pengalaman yang perlu kita pelajari. Tolong, minta kamu semua belajar dari pengalaman orang lain. Jadikannya ia sebagai panduan. Sungguh aku cakap, pengalaman orang lain tu penting!. Lagi-lagi dalam bab bercinta. Sebab manusia punyai lumrah ke arah itu.

Nak cerita panjang apa yang aku dapat, nanti!




Jumaat, 10 Mei 2013

LAGI SEKALI

Berikut di bawah adalah karya lama aku yg aku nukilkan setelah sampai ke Terengganu dari rumah aku. Perjalanan selama 8 jam di atas motor membuatkan aku bermonolog tak berhenti. Di bawah ini adalah cerita lama yang dah berlalu menjangkau masa. Tak sangka aku kali ini aku perlu mengadap lagi. Huh!. Keluhan harus dilepaskan supaya aku menjadi lebih wajar.

PERJALANAN KENANGAN

perjalanan melewati zaman
tinggal segala yang tersimpan
dalam lelah yang berlarutan
terkadang aku kalah di sepanjang perjalanan.

sesampai di perkampungan fikiran
terkenang suatu perjalanan kenangan
yang dulunya beramai-ramai meraikan
sekarang sunyi aku keseorangan.


Rompin, Pahang
11 November 2011

MENDAPATKAN KAKI

Aku terlihat di depan sana tu ada sedikit pengharapan. Tapi keadaannya samar-samar. Masih belum jelas lagi. Aku pun merangkak perlahan-lahan untuk menghampiri pengharapan tu. Baru sedikit aku merangkak ni. Jangan mengeluh, kena kuat.

Ini sebagai suatu permulaan untuk aku mendapatkan kaki semula. Sama seperti budak kecik. Mulanyakan dari bawah. Takda yang lahiriahnya terus boleh berjalan. Seharusnya, lumrah ini yang perlu aku lalui. Pergerakannya semua menggunakan lutut. Sampai bengkak-bengkak lutut. Biar sahaja bengkaknya supaya nanti kenal erti kepayahan.

Usaha merangkak ni harus diteruskan. Sebab, di hadapan itu ada tanda sebuah pengharapan. Kalau tidak merangkak manakan boleh aku sampai pada pengharapan tu. Harus kuat!.

Ayuh!

Khamis, 9 Mei 2013

BERPAUT

jatuh rebah
kadang bersebab kadangnya tidak
kadang luka kadanya tidak
yang pastinya diri sudah jatuh rebah

jatuh rebah
bila sudah terpuruk mesti kena bangun
itu yang letih lelah
tapi itu yang wajib dilakukan


Rabu, 8 Mei 2013

PUISI.TULISAN.NUKILAN

Tiga perkara yang tidak semua orang boleh lakukan. Kalau tak percaya, cubalah lakukan. Itu pun kalau boleh. Kebolehan kan masing-masing punya bahagian.

Aku, dah lama tak menulis puisi. Aku, dah lama tak hasilkan tulisan. Aku, sudah lama tak menukang nukilan. Semuanya itu hampir-hampir hilang dan pupus. Aku kena lakukan kembali. Harus.

BELAJAR

Bismillahirrohmanirrohim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Sekarang ni baru teringat nak menukang kembali disini selepas satahun leka dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Sekarang adalah berbeza dengan yang lalu. Semuanya berbeza dan berubah sama sekali. Cara aku berjalan. Cara aku bercakap. Cara aku bergaul. Segalanya berubah disebabkan suatu peristiwa yang meragut semua perlakuan itu. Sekarang, aku mula dari bawah untuk kali kedua!. Huh!.

Lelah sakit harus aku hembus sekuatnya biar hilang dan lenyap. Bukan merungut tapi itulah salah satu cara yang ada untuk bangkit kembali.

Terkadangnya, lelaki juga harus menangis sehebat boleh. Bukan menunjukkan lelaki itu lembik ketika menghadapi dugaan tetapi itu lah caranya untuk melepaskan kesakitan itu bersama airmata. Biar berapa kali pun menangis. Biarkan!. Nanti kelak sakit lelah perih itu hilang.

Biarpun kebangkitan kali ini membuatkan aku terkadang jatuh tersungkur tanpa sebab, aku harus juga bangkit biar pun terpaksa memapah perlahan-lahan.