Bab yang pertama aku dah pun selesai belajar. Merangkak, meratap, menangis, dah pun aku lepas. Alhamdulillah, walau tidak dengan jayanya aku tetap sudah melaluinya. Kalau nak kata aku berjaya dengan cemerlang untuk bab pertama tu, aku sendiri boleh jawab yang aku masih belum cemerlang. Tapi, cemerlang atau tidak itu bukan ukurannya. Sekurang-kurangnya aku dapat isi inti patinya dari bab yang pertama tu.
Bab kedua : Pengalaman orang lain
Perkara ini yang kadang-kadang kita taknak amik ianya sebagai suatu chapter di dalam buku kita. Jawabnya, orang lain mana sama dengan kita. Orang lain pandai cakap je. Orang lain tak tau apa yang kita rasa. Weyh, ini proses pembelajaran. Bukan proses nak tunjukkan pengalaman siapa yang paling hebat. Minta tolong sedar semua termasuk aku!
Kalau nak cerita pengalaman yang aku kutip pada orang lain, memang takkan siap dalam masa aku masih hidup. Setiap hari ada je pengalaman yang perlu kita pelajari. Tolong, minta kamu semua belajar dari pengalaman orang lain. Jadikannya ia sebagai panduan. Sungguh aku cakap, pengalaman orang lain tu penting!. Lagi-lagi dalam bab bercinta. Sebab manusia punyai lumrah ke arah itu.
Nak cerita panjang apa yang aku dapat, nanti!
Ahad, 12 Mei 2013
Jumaat, 10 Mei 2013
LAGI SEKALI
Berikut di bawah adalah karya lama aku yg aku nukilkan setelah sampai ke Terengganu dari rumah aku. Perjalanan selama 8 jam di atas motor membuatkan aku bermonolog tak berhenti. Di bawah ini adalah cerita lama yang dah berlalu menjangkau masa. Tak sangka aku kali ini aku perlu mengadap lagi. Huh!. Keluhan harus dilepaskan supaya aku menjadi lebih wajar.
PERJALANAN KENANGAN
perjalanan
melewati zaman
tinggal
segala yang tersimpan
dalam lelah
yang berlarutan
terkadang
aku kalah di sepanjang perjalanan.
sesampai di
perkampungan fikiran
terkenang
suatu perjalanan kenangan
yang
dulunya beramai-ramai meraikan
sekarang
sunyi aku keseorangan.
Rompin, Pahang
11 November 2011
MENDAPATKAN KAKI
Aku terlihat di depan sana tu ada sedikit pengharapan. Tapi keadaannya samar-samar. Masih belum jelas lagi. Aku pun merangkak perlahan-lahan untuk menghampiri pengharapan tu. Baru sedikit aku merangkak ni. Jangan mengeluh, kena kuat.
Ini sebagai suatu permulaan untuk aku mendapatkan kaki semula. Sama seperti budak kecik. Mulanyakan dari bawah. Takda yang lahiriahnya terus boleh berjalan. Seharusnya, lumrah ini yang perlu aku lalui. Pergerakannya semua menggunakan lutut. Sampai bengkak-bengkak lutut. Biar sahaja bengkaknya supaya nanti kenal erti kepayahan.
Usaha merangkak ni harus diteruskan. Sebab, di hadapan itu ada tanda sebuah pengharapan. Kalau tidak merangkak manakan boleh aku sampai pada pengharapan tu. Harus kuat!.
Ayuh!

Khamis, 9 Mei 2013
BERPAUT
jatuh rebah
kadang bersebab kadangnya tidak
kadang luka kadanya tidak
yang pastinya diri sudah jatuh rebah
jatuh rebah
bila sudah terpuruk mesti kena bangun
itu yang letih lelah
tapi itu yang wajib dilakukan
Rabu, 8 Mei 2013
PUISI.TULISAN.NUKILAN
Tiga perkara yang tidak semua orang boleh lakukan. Kalau tak percaya, cubalah lakukan. Itu pun kalau boleh. Kebolehan kan masing-masing punya bahagian.
Aku, dah lama tak menulis puisi. Aku, dah lama tak hasilkan tulisan. Aku, sudah lama tak menukang nukilan. Semuanya itu hampir-hampir hilang dan pupus. Aku kena lakukan kembali. Harus.
Aku, dah lama tak menulis puisi. Aku, dah lama tak hasilkan tulisan. Aku, sudah lama tak menukang nukilan. Semuanya itu hampir-hampir hilang dan pupus. Aku kena lakukan kembali. Harus.
BELAJAR
Bismillahirrohmanirrohim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Sekarang ni baru teringat nak menukang kembali disini selepas satahun leka dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Sekarang adalah berbeza dengan yang lalu. Semuanya berbeza dan berubah sama sekali. Cara aku berjalan. Cara aku bercakap. Cara aku bergaul. Segalanya berubah disebabkan suatu peristiwa yang meragut semua perlakuan itu. Sekarang, aku mula dari bawah untuk kali kedua!. Huh!.
Lelah sakit harus aku hembus sekuatnya biar hilang dan lenyap. Bukan merungut tapi itulah salah satu cara yang ada untuk bangkit kembali.
Terkadangnya, lelaki juga harus menangis sehebat boleh. Bukan menunjukkan lelaki itu lembik ketika menghadapi dugaan tetapi itu lah caranya untuk melepaskan kesakitan itu bersama airmata. Biar berapa kali pun menangis. Biarkan!. Nanti kelak sakit lelah perih itu hilang.
Biarpun kebangkitan kali ini membuatkan aku terkadang jatuh tersungkur tanpa sebab, aku harus juga bangkit biar pun terpaksa memapah perlahan-lahan.

Rabu, 4 Januari 2012
ANJAKKAN
Selamat ye semua. Buat pertama kali menukil kembali untuk tahun ini. Tahun 2012.
Kita semua sudah kehadapan. Semakin mara. Semakin juga menghampiri. Tidak pula kita menjauh. Dalam lena tak rela pun kita akan ke hadapan. Sebabnya, Tuhan yang ANJAKKAN kan kita ke hadapan. Yang lepas tu teladan, yang datang itu kenyataan.
Yang berlalu sudah pasti berlalu, yang datang kita rencanakan.

Ahad, 4 Disember 2011
SUKA-SUKA
Kali ini, aku menukang blog dengan rasa seronok. Bahagia. Macam tiada apa yang membelenggu. Kenapa ye? Tidak tahu. Sudah rasanya begitu. Begini lah yg aku nukilkan.
Langgan:
Catatan (Atom)