Isnin, 11 November 2013

TOPENG

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|myself potraiture|
 
 
bila dah namanya topeng, ianya bermaksud bersifat menutup atau melindung. gunanya topeng adalah untuk berselindung dari keadaan yang sebenar. hendak pakai atau tidak itu bergantung pada nafsu dan akal seseorang tu. topeng hanya bersifat sementara. takda yang kekal bila namanya topeng.

Sabtu, 9 November 2013

BERHARAP

mu.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|myself potraiture|

berharap hanya pada Tuhan. Dia sahaja yang penentu segalanya. aku hanya hamba yang tak punya kuasa. hanya reti merancang tapi penentu perancangan aku adalah Dia. sementara peluang masih ada, aku pasakkan niat berusaha sebaiknya dalam apa jua keadaan yang aku inginkan.


Jumaat, 8 November 2013

MEMBISU

m.u.h.a.m.m.a.d.h.a.z.h.i.z.h.b.i.n.s.a.p.a.r.u.d.i.n
|self potraiture|


"MEMBISU" itu al-kisah nya cerita lama. Bukan yang sekarang. Tapi gambar ni adalah gambar baru aku. Dalam minggu ni jugak gambar ni terhasil. Tetiba dapat idea, terus pergi shoot. Mujurlah ada kawan aku sekali. So, terhasil lah self potraiture aku untuk kesian kalinya.

Yang lama dah tak mahu bercerita. Enough. Sekadar itu sahaja lah ceritanya. Terkandung dalam susunan perkataan english tu.

Selasa, 5 November 2013

BERDIRI DUDUK


gua rasa gua dah rehat panjang. gua sedia dah nak bangun ni. mungkin kali ni gua dah penuh dengan pengisian. bukan cakap besor, tapi gua yakin Tuhan ada bersama orang yang sabor.

"Tuhan, aku mohon kau hadirkan kekuatan yang luar biasa dalam diri ku"

SAPU SAMPAH

Datang aku perlahan-lahan bawak penyapu dengan penyodok. Bersepah sungguh dah ni. Lama sangat dah rasanya tak log in sini. Sibuk dengan hidup yang ........ haih. Sibuk mengurus hidup yang tonggang langgang tak terurus. Sekarang alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Makin elok dah. Dah angkat balik rak yang terbalik. Dah masukkan baju dalam gerobok. Dah susun susun kasut. Semuanya dah lah senang kata.

Huh! Penat kerja mengemas ni bila dah lama tinggalkan. Lepak jap minum kopi ke teh o ke. Bila duduk duduk gini rasa cam ada benda je yang nak dicerita. Tapi, lain kali lah ye. Ni nak rehat sambil minum minum aje.

Jumaat, 31 Mei 2013

PERTEMUAN

Sikit sahaja yang aku nak coretkan. *nak tau tentang isi pertemuan ni, kena jumpa aku.hehe.

Allahurobbi. Semuanya tak dirancang dengan rapi pun. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang telah Kau takdirkan. Pertemuan dan perpisahan kami ikhlas kerana mu, ya Allah. Aku anggap itu adalah suatu rahmat yang sungguh besar dari Kau.

Dalam aku sibuk dalam mengendalikan perasaan aku yang dilanda masalah, rupanya dalam waktu yang sama sahabat aku sedang berjuang dalam mengawal hatinya dengan hebat sekali. Allahurobbi. Sesungguhnya dugaan itu tidak semua merasa. Ada bahagian masing-masing. Nak dicerita apa perbualan dalam pertemuan tu agak susah. Sebab ianya dari hati ke hati.

"Mubin, semoga kau tabah menghadapi dugaan kau itu. perjuangan kau hampir selesai sahabat. selepas ni kau teruskan perjuangan dengan menjaga hati"

Dari cerita sahabat aku tu, ianya bagai suatu penangan hebat buat diri aku. Baru aku sedar, apa yang aku lalui tak sebesar mana pun dugaannya. Terasa kecil je berbanding dengan dugaan sahabat aku tu. Tapi, aku percaya Allah takkan menduga hambanya dengan sesuka hati melainkan dengan kemampuan hambanya itu sendiri.

"Bila kita menangis, bersyukurlah kerana akhirnya Allah berjaya membuatkan kita sedar bahawa kita hanya perlukan Allah Yang Satu"

Khamis, 30 Mei 2013

SEKETIKA

seketika yang ada ni cuma aku coretkan apa yang terlintas dalam hati dan ruang minda ku sahaja.seperti dan seolah-olah mengelamun, terkenang, teringat perkara yang lepas.masih membara bahangnya.ye, masih baru.sukar untuk hilang dengan sepantasnya.

"tambat hati dengan zikir"

allahurobbi.hanya Kau yang satu dan tahu segala apa yang bakal berlaku.terima kasih Tuhan.

Selasa, 28 Mei 2013

PERTARUHAN

Dalam hidup ni, semuanya akan terlibat dengan pertaruhan. Ye, memang semua akan terlibat! Kalau kamu tidak percaya, kamu sendiri boleh semak dari mula kamu mengenal dunia sebenar ni dengan matangnya. Banyak yang telah kamu bertaruh.

Apa yang kamu pertaruhkan itu bukan asas utama untuk aku bersembang. Itu kamu boleh fikir sendiri. Aku sendiri juga bertaruh untuk teruskan kehidupan di bumi Allah ini. 

Pertaruhan aku pada usia remaja ini dah kalah teruk. Aku kalah dalam pertaryhan yang amat besar dan cukup bermakna buat kehidupan aku. Aku fikir pertaruhan  aku dah cukup kuat untuk mengikat apa yang aku impikan. Rupanya tidak. Pertaruhan aku tak cukup! Aku kalah!

Terus terang, aku hanya ada sebuah perasaan untuk aku bertaruh dalam mengikat seorang wanita buat masa sekarang. Tiada lagi yang lebih besar untuk aku pertaruhkan. Aku pertaruhkan semua segala isi yang ada untuk mengikatnya. Rupanya, itu tidak mencukupi. Tidak cukup untuk membuatkan wanita itu berdiri lama bersama aku. 

Pertaruhan aku menjadi sia-sia. Aku gagal. Aku akui itu silap aku. Aku tak mampu pertaruhkan perkara yang lagi besar. Pencabar aku memiliki semua. Aku ditewaskan dengan begitu mudah. Macam sampah aku dibuang.

Aku hanya ada sebuah perasaan untuk dipertaruhkan!