Sabtu, 17 Mei 2014

MONOLOG AKU TENTANG KITA

Aku bermain dengan aksara kata mereka. Mereka mungkin tidak sama dengan aku. Bukan mungkin sebenarnya, tapi, sesungguhnya memang berbeza. Takda titik pertemuan yang akan membuatkan aku dan mereka menjadi AKU. Menjadi kita tu mungkin satu kemungkinan besar. Tapi tetap sama juga. Akan ada satu tembok solid yang tegap berdiri tegap di hadapan aku dan mereka. Tembok solid, tembok Tuhan. Menjadi kita tu, tak semua akan sama. Yang sama hanya beberapa sahaja yang lain tetap berbeza.

Kata mudahnya begini.

Aku dan mereka dari satu lorong yang sama. Kalau aku berhenti, mereka juga akan berhenti . Kalau mereka pernah melayan nafsu, aku juga begitu. Yelah, dari lorong yang sama kan. Nanti sampai simpang tiga atau simpang empat, akan wujud pilihan. Sama ada aku dan mereka bersama akan menjadi aku adalah aku atau mereka adalah mereka. Yang pastinya pilihan pasti akan ada.

1 ulasan:

  1. choose the right way.
    if wrong you can turn back, dont worry ^^

    best of luck .

    BalasPadam